Search This Blog

Wednesday, May 12, 2010

peNAt...

salam kalian,
Dah lama aku tak jengah blog aku ni.keletihan menbuatkan aku lupa nk update.
al-maklumlah,sbg suri rumah,ibu dan pekerja buat aku rasa mcm nk tambah jer jam.bg 28 jam sehari ka.tp kudrat aku tak der.sunguh kalian,aku letih dan penat,pagi2 kerja.balik kerja rumah plak.
kgd2 aku tewas gak.rasa mcm nk amik maid ja.bg mudah kerja.tp hubby cakap rumah sekangkang kera pon nk pakai maid ka..betul gak.
klu la hari2 aku leh minum power root kan senang.bg kuat n cerdas.ni baru 1 ja anak,klu tambah lgi 3-4 org.mau luruh lutut aku ni.
hmmm,,hubby aku plak bkn jenis rajin pnya org,takat basuh baju boh lAM mesin tu pandai la.
klu sruh wat kerja lain,mau 1-2 minggu baru siap.kdg2 radang gak,tp tak leh nk kta pa la.
nti derhaka plak.sometimes,cemburu dengar makcik2 kat opis aku crita pasai hubby diorg yg
suka bantu diorg.apapun aku bersyukur gak la.hubby jenis tak cerewet pasai makan.
aku masak ler apapun,dia lantak jer..
anak aku plak jenis kaki sepah mainan,beli la kotak besar lori pon
tetap di lantai gak dia sepahkan.hangin ooo..
dri opis lagi bila petang dh fikir nk masak apa.kdg2 buntu oooo..
kdg2 mai mood cik gan..makan kedai menjadi pilihan hati..senang crita.
pendek kta,menjadi wanita perlukan kekuatan,kecekalan,kegigihan dan kesabaran.
YA ALLAH,KAU KUATKANLAH SEMANGAT AKU DAN PARA WANITA DI LUAR SANA UTK MENJADI ISTERI,IBU DAN PEKERJA YG CEKAL,TABAH DAN TAWADDUK DLM SEGENAP HAL..AMIN..

Sunday, May 9, 2010

MUSIM CINTA SUDAH BERLALU

DIPETIK DARI BLOG SEORANG TEMAN..BILA BACA,NK MENITIS AIR MATA..HUHUHU

Bila cinta semakin terungkai.......
Fikir dan renung renungkanlah.....
mungkin ia sangat membantu ....
Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya
sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas
berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu.
Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu.
Mungkin hanya sepatah "OK" "ya" atau "tidak" sahajayang tertera di layar telefon bimbit.
Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang?
Begitulah detik hati si isteri.
Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman.
Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam.
Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.
Memang begitulah resmi lelaki,
semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan.
Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan.
Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan.
Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal
kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh.
Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi...
semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.
Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan
oleh pasangan yang sedang hangat bercinta.
Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS
(kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!)
atau "bergayut" berjam-jam lamanya di gagang telefon
boleh menjadi beku dan kaku seperti itu.
Tidak mungkin "kami" ataupun aku jadi begitu.
Mungkin itulah yang berbunga di hati kini.
Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.
Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan
betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga,
sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami.
Mengapa?
Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah
(lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu),
akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini.
Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar
daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat.
Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya,
perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam.
Kesukaran tugas dan beban tanggungjawab
menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir
dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.
Ya, potensi lelaki menjadi "ahli falsafah" semakin menyerlah
apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!
Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira
tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan.
Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu
tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan.
Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji
di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.
Musim cinta sudah berlalu.
Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan.
Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati,
pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati.
Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta,
tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.
Apa maksud tanggung jawab?
Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita "tanggung" di dunia,
"disoal" di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak.
Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat,
tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab.
Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri
bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan
yang diingini oleh fitrah setiap manusia
tetapi yang lebih penting,
berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.
Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk
(dalam konteks ini antara suami dengan isteri),
Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya.
Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah.
Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah
untuk meraih pahala dan keredaan-Nya.
Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya,
tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat.
Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah.
Bila ini menjadi asas dan terasnya,
maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.
Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab.
Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia.
Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab,
lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur.
Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta,
maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga...
umpama hidup segan, mati tak mahu.
Ketika kemanisan bertukar pahit,
ketika keseronokan beralih kepada kesukaran,
maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan.
Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambingatau seakan-akan mula meminggir,
rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Begitulah kekuatan satu tanggung jawab,
yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.
Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga
ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba.
Dan jangan terkejut jika kita dapatidia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali.
Hairan melihat perubahannya?Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita.
Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah.
Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi
hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.
Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita
walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri.
Proses perkenalan antara sesama pasangan
mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten.
Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga.
Bukankah tak kenal maka tak cinta?
Jadi, apabila cinta tergugat,
itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.
Oleh itu, tunggu apa lagi?
Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya,
berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan.
Jangan sekali-kali menggunakan "fail lama" untuk mencipta keserasian baru.
Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi
dan kecenderungan pasangan kita berubah.
Warna yang terang kesukaannya dahulu
mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini.
Mungkin corak seleranya juga turut berubahbersama penyakit fizikalnya yang mula singgah.
Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya.
Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.
Membina cinta ketika tarikan fizikaldan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan.
Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman?
Ertinya, kembali kepada Allah.
Percayalah keadaan yang serba-serbi tak kena, hilang tumpuan,kurang selera makan, tidak ada "mood" untuk bercerita dan berbicaraadalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati.
Dan itu semua adalah berpunca dari lalai dan alpanya hatidaripada zikirullah (mengingati Allah).
Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." Ar Ra'd:28
Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab.
Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri
akibat beban masalah menyara rumah tangga,
namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah.
Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suamibahana kerenah anak-anak,
tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah...dan terus tersenyum di hadapan suaminya
justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah.
Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah
yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.
Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah "pohon" tanggung jawab.
Insya-Allah, musim cinta akan kembali
dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!
Tips untuk bertanggung jawab:
* Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
* Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
* Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
* Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
* Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti
apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
* Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
* Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati...itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat

Sunday, May 2, 2010

pemiliHAn sUKAn bOWLINg utK pETANda...


tunjuk skill...


geng redah jer...

antara pemain harapan..(harapan nk kalah)



aku dgn bos aku yg mmg sporting giler...




layan...





jumaat,30.4.2010.PDTSPT buat selection utk pemain bowl petanda.aku antara org yg menyibukkan diri(konon pandai la main,tp hampehhh..) hahhhaaa..sajer jerk nk memenuhi koata dan meneman best pren aku cik kurus nurul tu..sbb dia asyik merengek ajak aku main sbb tak ramai org ppaun nk join..jadi hari tu mmg aku sapu bersih longkang..tak dak strike lansung..kah kah..mmg aku langsung tak berbakat dhn sukan bowl ni..sbb aku suka sukan yg lasak mcm netball,bola tampaq n badminton..so,korang layan jerk gambar kawan2 opis aku ni ekk...